Thursday, December 30, 2010

kembara hamba mencari allah yg esa...

salam alaik....

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat sekalian yang sudi singgah ke blog ana yg tak seberapa ini.Blog ini  pun baru sahaja ana create so tak banyak la pena-pena yang tertera di skrin mata anda.Harapan ana semoga medan blog ini menjadikan salah satu bahan untuk ana maju dalam bidang penulisan.Insyaallah....

Firstly,bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita menikmati nikmat yang paling terbesar yang tidak pernah dikecapi oleh sesiapa pun melainkan yang bergelar umat islam iaitu nikmat iman dan islam.Tidak lupa juga kepada ikutan yang paling mulia buat kita semua iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W dan para sahabat baginda yang selalu mendokong baginda dalam meneruskan misi dakwah yang diperintahkan oleh yang maha esa.Semoga mereka semua sentiasa berada dalam rahmat allah.Amin....

Hari ini ana ingin berkongsi sedikit buah fikiran dengan sahabat-sahabat sekalian.Kembara hamba mencari allah yang esa????Apa sebenarnya  intipati daripada lima senikata yang tertera???Kembara itu adalah  satu perjalanan seseorang untuk mengenali siapa yang patut dicari dalam hidup dan di akhir pengembaraan itu nanti kita akan menemuinya tetapi kita perlu mengharungi pelbagai kesusahan dan pengorbanan untuk menemuinya dalam keadaan diredhai olehnya iaitu pencipta kita Allah yang teragung.Hidup kita ini sekiranya kita dapat mengecapi empat  perkara ini ia seorang pengembara yang sangat beruntung di dunia dan diakhirat iaitu BERCINTA dengan ALLAH....BERCINTA dengan RASULULLAH...BERCINTA dengan IBUBAPA...BERCINTA dengan SEMUA MAKHLUK.Keempat-empat perkara ini sangat susah untuk dikecapi oleh seseorang tanpa bantuan dan pertolongan oleh Allah yang maha esa.Cuba kita koreksi diri daripada kita tadika sehingga  la sekarang kita sentiasa belajar mengenali alam dan bagaimana ingin menguruskannya dengan baik seterusnya bagaimana ingin mencipta sesuatu keperluan yg memberi kemudahan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi allah ini.Itulah sebenarnya kehidupan dunia tetapi selalukah kita berfikir dan berbicara dalam hati kita bagaimana ingin mengenali pencipta alam siapa yang menguruskan alam semesta dan siapa yang memberikan hidayah dan idea kepada manusia untuk mentadbir bumi sebagai seorang khalifah.Kembalilah kepada fitrah manusia iaitu tunduk dan patuh kepada   Allah yang mentadbir alam semesta tapi seberapa ramai yang berfikir sedemikian??Semoga kita tergolong antara hambanya yang sentiasa tunduk dan patuh kepada perintahnya dan jauhi segala larangannya.

CONTINUE....